Monday, 10 September 2012

Sebuah penantian..

Dia bertanya.. 23?
kerja atau belajar?

Sama penting sama keadaannya. Bergantung pada pilihan masing-masing. Destinasi hidup ni kita buat pilihan namun segalanya ihsan kehendakNya. Aku punya kerja. Kerjaku belajar kerana ilmu tidak pernah habis. Masih banyak lagi perlu dipelajari yakni duniawi dan ukhrawi tanpa melupakan budi pekerti.

Kau aku punya beza. Setiap sudut setiap inci tapi kau lebih berjiwa rakyat. Ramah mesra melayan kedatanganku berbulan lamanya. Selesa mendatangi setiap kali sesi. Kerana ia punya nilai. Hati ini sentiasa gembira tak terkira. Lembut kata-kata, teras bicaranya indah tak terkata. Hilang sakit setiap kali namun makin ditahan makin menjadi. Perlukah mengharungi atau perlu sisa tamatnya?

Kau kata untung masih mengharungi titi kehidupan insan bermusafir ilmu, namun keadaannya sama seperti mencari kehalalan sesuatu pekerjaan. Perkara yang dimulai dengan tekad, amanah, tanggungjawab dan usaha akan dihabiskan tidak mungkin tersia-sia.. Mewujudkan rasa suka, menikmati terbitnya girang gembira.

Kau tahu kita tiada beza. Makhluk yang sempurna tapi masih belum sempurna. Maka, dalam mencari kesempurnaan kita perlu mengharungi jalan-jalannya. Lekuk, duri, elok, licin, segala-galanya perlu kerana hanya sebuah perjalanan.

Aku punyai visi namun misinya perlulah hati-hati. Kau sudah terbukti, maka silalah berbakti. Aku menghargai segala-galanya kerana bakti mereka tidak terperi. Ya, terima kasih kalian.
Sembilan bulan sepuluh hari derita ini ditanggungi. Lapan bulan sudah ditiliki. Turun naik bagai lonjakkan bursa saham. Aku tidak faham tapi kalian memahami.

Bukan niat menolak namun khuatir lebih menguasai diri. Masa depan masih tercari-cari. Sampai bilakah penantian ini. Banyak rancangan sudah diatur khuatir lebih menonjol. "Ahh! Sampai bilakah ini mau berakhir?"

"Potong aja".
"Ah! Tidak mungkin." Hati ini bagai direntap.

"Senang kau cakap."

Ikan bukan sebarang ikan,
Tangan bukan sebarang tangan.

Aku tidak mudah mengalah
19 November.
Harap diberi masa.
Hanya masa yang menentukan segala-galanya.

Jujur, tidak mudah meninggalkan memori di OT. Segalanya indah bagai mimpi. Baik orangnya namun budi tersimpul sukar mau ku balas. RM 5 hanya harga. Nilai tanpa ukur. Terima kasih setiap kali.

Voltan mengalir, Lilin cair membeku.
Tarik menarik beban berapa yang mampu.
turun naik lagi.. Mengapa tanganku?

Esok adalah sebuah penantian. Namun ku harap tiada titik tamat.
Kerana aku masih belum bersedia menongkah rutin keterbiasaan.
Mohonku sedikit masa.

Masa..
dikejar, dicari, dijual, dibeli..
makin dikejar makin lari..
tidak pernah berhenti.
tik tok tik tok..
nanti, nanti
aku sambil berlari
mengharap sesuatu yang tak pasti...

Tamat yang tidak berkesudahan...
nantikan lagi..

Wednesday, 5 September 2012

http://www.thisblogrules.com/wp-content/uploads/2012/07/The-Cost-of-Being-Batman-Infographic.jpeg

Macro Photography

Baru2 ni tergerak pula nak merakam objek2 dunia kecil atau pun macro photography. Layan suka-suka. Daripada kamera dibiar berhabuk, otak habis berkarat kan.. Masih dalam peringkat belajar lagi. Mungkin di masa depan akan bertambah elok. Mari kita cuba-cuba. Sikit2 lama2 ilmu makin membukit. InsyaAllah.










Oh One Piece 680.. Wow

One Piece is Here.. Let's read it @ http://www.mangareader.net/one-piece/680/4

 


Bleach 506 is out!!!

oh yeahhhh.. bleach is out..
raining day is awesome with these manga.. thank you Allah.. hehe

Naruto Ep.600 publish today!!!

Is He really Obito Uchiha?


jom layan @
http://www.mangareader.net/naruto/600


Sunday, 2 September 2012

TAHUKAH ANDA : 20 PERKARA YANG BERUBAH SELEPAS ANDA MEMPUNYAI ANAK!

Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?

Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.

1)  Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2)  Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa  
     mengendong perut yang boyot!!
3)  Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan
     jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4)  Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara
     yang baru.
5)  Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding
     kita yang sakit..
6)  Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...;-)
7)  Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila
     berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8)  Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding
     melihat diri kita sendiri.
9)  Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak
     kita poo-poo!
10) Kita akan lebih menghargai diri kita.
11) Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita,
     walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12) Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat
     menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13) Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14) Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang
     besar, malah kita amat sukannya.
15) Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak
     mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16) Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang
     singkat!
17) Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas
     mempunyai anak!
18) Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini
     tidak lagi selepas adanya anak.
19) Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita
      yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20) Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan!

10 JENIS ORANG ISLAM YANG KEJAM


Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman
ialah:


1. Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak
mendoakan untuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2. Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya
tidak membaca seratus ayat.

3. Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang
dua rakaat.

4. Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak
memberi salam dan mendoakan ahli kubur.

5. Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudian
tidak sembahyang jemaah.

6. Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim,
tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7. Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masing
tidak menanyakan nama kawannya itu.

8. Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9. Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmu dan
kesopanan.

10. Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganya
lapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."

"ISLAM IS THE WAY OF LIFE"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...