Saturday, 19 October 2013

PROJECT RATIONALE



1 State minimizely, the name of the client and the name of the project. Also, provide a short summary of  
   the brief.

2 Keep your writing to the point 

3 Explaining the overall concept of your design 
    * What is it, who is it for (audience) 
    * In what context will it be used? 
    * Then go into details, giving reasons for the design decisions that you’ve made.

4 Remember – it’s a rationale (requiring the reasons or logic behind your decisions), not a description.
    *  explain why you’ve done it, referring 
        > Creative brief
        > The audience
        > Research
        > The information that is to be communicated.

5 Make sure every choice you’ve made should be relevant to the brief. 
    * What effect does the colour/font/technique have? 
    * What does it communicate?

By : Carol Aitken MPub CGD, Co-Coordinator IDEA Program, Capilano University, North Vancouver

Tuesday, 8 October 2013



Ohhh.. i still don't believe it!!
Thanks to my lecturer En. Zul for inviting me to participate on this exhibition..
Without your guidance and advice, there's no me in me.
Thank you Mr. lecturer yang handsome.. :)

Thursday, 18 July 2013

A journey to research journal...

There is much of research journal in design..seriously, i was confused and dilemma to continuing my study. Which part should i go for major? there is 4 type of graphic major but i need to challenge my self not to follow the old way likes my seniors done.. But how? In this semester i done nothing! I am very confused and feel depressed, then bring out rubbish. I couldn't say i hate my design but i am not satisfied with what I've done. I think, Mr H is right. He told us that we would feel depressed, confused.. confused.. down.. down.. and if there no luck, we might gone..

But,

Hope!! We just could hope of shine.. of pass with flying colours or only pass...

He always said; "It's time to shine!"

ohh i feel depressed again!!
can i do better on this final semester? Hope and Pray!! InsyaAllah!! Amin..

let's read some research journal..
http://www.ijdesign.org

Monday, 15 July 2013

Insight Council - Branding & Corporate Identity Course Work

Did you know about Imam Muda Asyraf? He is the first winner for Imam Muda television program at Astro Oasis. I was think how good if there is a plan for him in education. He has a good image as a preacher. He is the Imam that could spread Islamic Education but in different thought. There is Malay proverb, "Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya". In english translation; "Bend the bamboo though the sprout". So, to create a good, polite, educated, active, attractive, visionary generations, we need to start from the early stages.

For college/university students, there is an internship program we need to go through to gain experience before graduate. But how if the kids attend the internship or precisely being an apprentice? This is what we are struggle to work on for Branding course work. I hope that we get the good mark for what we already done. Gambatte kudasai!!

I want to shows my appreciation to Mr. Hisham Baharin and Mr. Nazrul Nordin for giving your hard work towards this project. Hope we will work together again!! Arigato naa...

To our lecturer, Mr Sheikh and Mr. Hafizul, i hope you will evaluate our work with ought and honest.
To our parents classmates, and friends, thanks for your support and blessing. THANK YOU!!!


 











Wednesday, 20 March 2013

Thursday, 24 January 2013

Tujuan

Alhamdulillah.. Nampaknya pengertian hidup telah ku kenal pastikan.. Namun tidak mampu diungkapkan dengan kata-kata. Perjalanan panjang selama mengejar ilmu ini telah ku titip keampuhannya. Ya, cahaya itu bersinar lagi, anggaplah ia tujuan hidupku selepas ini. Mungkin dapat direalisasikan di tahun hadapan atau 2, 3 tahun lagi.

Bahasa, dari bahasa, kita fahami apakah maknanya tulisan itu. Dari kedua-duanya, kita maklum dari mana asalnya ia? Apakah bangsa disebaliknya? Ya, nampaknya sudah ku sedar dari lamunan yang panjang. InsyaAllah akan tiba masanya nanti. Aku perlu tamatkannya secepat mungkin kerana ada perkara lagi yang lebih penting menyusul.

Mengapa? Aku muak dengan perpecahan. Harapanku bersatulah kita. Pecah belah bertangkup la semula. Itu harapan aku, harapan semua.

Mungkin anggapan ini pandangan sisi diri namun, ia untuk semua. Bukankah wujudnya perpaduan itu indah. Maka usulku, berpadulah. Maka, hasil dari masa hadapanku yang bakal menyusul harap bermakna bukan hanya pada diri namun seluruh nusantara.

Wah, tinggi citaku, namun warkah penyulamannya mungkin penuh derita, pancaroba duniawi penuh puitis drama-drama swasta.

Ternyata perjalanan menimba ilmu kini ada kaitnya dengan perjalanan nanti. Terima kasih Puan Norita Abdul Kadir dan Cik Siti Sarah Adam Wan kerana ilmu yang diberikan membuatkan ku terasa, ini jalan lurus yang terbentang untukku menuju masa hadapan yang diharapkan. Namun, tidak lupa juga kepada En. Ahmad Zahir Mat Zin kerana menyuluh sinar ilmumu kepadaku. Juga cik Wahiza Abdul Wahid dan Cik Salawati Abdul Wahab atas ilmu yang membantu perjalanan suciku. Juga, guru2 di SK Telok Pulai dan MGS.

Perjalanku masih panjang. Terlihat dua cabang namun akan ku usaha memikirkan mana keperluan, mana kepentingan, mana tanggungjawab, mana amanah! Ini bukan untuk diriku, namun anak bangsa semata. Hatiku penuh berharap ini perintah saksama untuk semua. Semoga perjalanku berjalan lancar di atas bara menyambar kerana ku tahu ia jurang maut yang bakal ditempa...

Friday, 4 January 2013

Celoreng Perjalanan Yang Panjang

Bebas, khuatir, bahagia, segalanya terluah sudah.
 Nasib si bumi sendiri. Bila mahunya akan berhenti? Sebuah kompilasi dari beberapa 
perjalanan yang diharungi penulis sendiri. Diakui dan diperakui benar. Ikhlas diperkatakan dari hati ke hati. 
Bukan dijadikan madah berhelah namun sebagai unjuran kepada diri penulis untuk bermuhasabah diri dan mengenalpasti dimana semangat itu pergi. Sebuah perjalanan yang mendewasakan. 
Selamat Membaca!  

Perjalanan menuntut ilmu memang amat memenatkan. Namun demi kejayaan, akan ku paksa diri untuk harungi segala-galanya. Mulanya, tidak pernah terfikir akan meyambung pelajaran ke universiti sementelah aku hanya insan marhaen. Lebih buruk, kais pagi, makan pagi, kais petang makan petang. Sehari sesuap nasi pun payah nak mendapat, ada pulak ura-ura ingin belajar. Tetapi, alhamdulillah mungkin ini jalan yang ditakdirkan Allah untukku. Akhirnya, peluang itu tiba walaupun secara tidak sengaja. Tanpa dirancang, hanya kerana suka-suka dan ingin keluar dari lingkungan mereka yang memandang sepi sisi lain diriku.

Dedikasi ini ditujukan bukan hanya pada ibu dan ayah namun ku ingat lagi kerana omongan ibunya ditambah pula beberapa patah kata dari beberapa orang lainnya. Pekerjaanku sehari-hari memang menyeronokkan pada mulanya, namun apabila ditambah tekanan yang tidak mampu ku harungi dek kerana baru setahun jagung bekerja dan ketiadaan optimis dalam diri membuatkan ku berasa hanya pendidikan mampu mengubah segalanya. Memang manusia itu sering memandang enteng orang lain. Sekufu dan tidak memang sering dipersoalkan. Ya, tidak dinafikan. Makanya, dek kerana merajukkan diri dan ingin mengubah  pandangannya, alhamdulillah ku diberikan peluang berjalan, berlari.

Tiga tahun mencurah air dalam perigi yang buta, akhirnya menjadi kolam semata. Kenangan di Perak memang tidak akan ku lupa. Di sana, ilmu bukan sekadar ilmu tapi kehidupan yang mendewasakan. Drama sentiasa menjadi teman tetapi rakan-rakan yang ikhlas menjadi pendamping hebat. Tenaga pengajar masih segar dalam ingatan, bukan setakat guru yang hebat tetapi juga sebagai ibu, ayah dan juga sahabat di saat-saat yang memerlukan. Terima kasih Perak yang mendewasakan. Sejenak sudah tiga tahun yang menggembirakan. Aku bersyukur kerana dipertemukan dengan mereka-mereka di sana. Di situ jugalah persahabatan sejati terjalin erat. Laber, Yana, Piqa, Amy, Amer, Darul, Afiq, Puteri, Ery, Razeen, Paan, Ayep, Ayie, Nuna, Imah, Nisa, Keyla, Suraya, Sheila, Ara, Mek.. Eh, ramainya hendak diucapkan disini.. Kalian memang sahabat ikhlas yang disayangi. Aku rindukan mereka dan kenangan lalu.

Seusai meninggalkan Perak, Melaka pula ku tuju. Perjalannya tidak beberapa lancar. Mungkin telah ditakdirkan bukan di sini kehidupan yang aku mahukan. Hanya dapat bertahan selama empat purnama. Hatiku sentiasa resah, gelisah dan sukar menghadapi terjah kehidupan Kota Melaka yang gah dulunya. Faktor kesihatan benar-benar menyekat pergerakanku, ibu dan ayah pula sering tenat dan selepas ayah disahkan menghidap sakit jantung dan ibu berdepan dengan ketidakstabilan emosinya, aku bertekad, Shah Alam menjadi destinasi seterusnya. Melaka, kenangan yang mengcengkan jiwa. Bagiku, hanya sesuai dijadikan pengkalan singkat. Hatiku kosong, hambar. Tekanannya memang memenatkan. Kerana itu, aku tidak pernah sukakan Melaka. Semuanya amat memaksa. Kesannya ada sampai kini. Kenapa hati ini tidak mahu menerima? Tepuk dada tanya selera. Bukan hanya kerana persekitaran, tetapi jua kerana makanan, keluargaku disana, kawan? Entahlah. Aku tiada semangat. Segalanya kelihatan hambar. Selamat tinggal Melaka.

Oh Shah Alam. Segalanya berjalan lancar. Salam perkenalan warga Shah Alam. Persinggahan di Kelas 4C sememangnya satu memori. Ya, kerana ku punya teman ikhlas dan tiada drama yang memakan diri. Perpindahan ke kelas lain di minggu seterusnya walau hanya sehari namun kebosanannya tidak dapat digambarkan. Mungkin kerana ku masih diawang-awangkan dengan suasana di kelas sebelumnya yang havoc dan menyeronokkan. Melihatkan keadaan yang kurang seimbang dari segi bilangannya dan 'sesuatu' ku angkat kaki terbangkan diri ke haluan lain. Oh, transit terakhir agak mendebarkan namun aku bahagia kerana ianya terdiri dari beberapa orang teman yang melucukan, sering berlawak namun hebat-hebat.

Kelas minor memang agak membebankan. memang bosan namun kemunculan bidadari ayu dan artisan-artisan yang amat membantu dan sudi, ikhlas membuatkan semangatku yang hilang muncul sejenak. Walau timbul, tenggelam tiada kata putus menyerah kalah dalam kamus hidupku. Terima kasih kerana sudi memberi tunjuk ajar dan senantiasa wujud dikala susah dan senang.

Bahasa kelihatan senang namun sukar sebenarnya jika kelas hanya sekali seminggu dan memang satu penipuan jika ku kata bahasa itu dipraktikkan setiap hari. Ya, bahasa sepatutnya dilontarkan setiap hari supaya cepat sahaja ia difahami. Nasiblah dipertemukan dengan Ustaz yang baik dan bersemangat. Untung-untung faham jugak la serba sedikit apa yang diperkatakan. Baik juga berkumpulan bersama si cantik dan sahabat yang cekal. Nasiblah nasib. Tidak tahulah bagaimana di masa depan. Eh..

Ahh.. nampaknya final telah menjelang tiba, kini masanya untuk ku bermuhasabah diri. Dimana letak duduknya diriku dimata kepalaku sendiri. No good, no good. Aku masih terperuk di hujung sana tanpa memahami keperluan dunia. Aku masih tercari-cari apa tujuan hidupku. Di mana harusku letak keupayaan, kesungguhanku? Aku tidak mahu kehidupan sia-sia seperti sebelum ini. Aku punya matlamat tapi masih belum ada jalan ke arahnya. Ya, kehidupan itu mendewasakan. Kegagalan adalah jalan kepada kejayaan. Jatuh duduk bangun berdiri adalah adat dalam pertarungan. Aku masih belum memperkukuhkan hati ke arah yang ku ingin kan. Hey, bangkit, bangun. Jangan menyerah. Aku adalah aku. Cuma masanya mungkin belum tiba lagi.

Sekian







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...