Wednesday, 7 September 2011

Dapurku tak berasap~

Ya, kita kembali memeriahkan dunia 3D kita... 


asgnmnt terbaru ini dibikin semasa raya pertama dimana umat islam sedang meraikan hari kemenangan namun sebagai pelajar, kerja harus diteruskan jua. Memang tidak beraya la kita ya. Akan tetapi, bukankah sebelum ini kita telah merayakan Aidilfitri terlebih dahulu pada asgnmnt yg sudah? hahaaha...

Asgnmnt ini adalah dapur tradisional melayu. Walaupun sedikit dapat dipaparkan namun harap dapat dikongsi bersama.. Enjoys!!!







hanya ni je yang mampu di'render'.. itu pun mgambil masa berejam lamanya..
terima kasih diucapkan pada firdaus dan zaki..
*tidak dilupakan juga kt laber, afiqah n liyana...

Friday, 2 September 2011

Suatu ketika, seorang jiran melihat seorang tua yang berumur 80 tahun sedang menanm benih pokok pear. Dia berasa hairan kerana dia tahu bahawa pokok itu  mengambuil masa bertahun-tahun lamanya untuk membesar sebelum mengeluarkan buah. Dia lantas bertany, "Atuk, untuk apa atuk menanam pokok itu? Saya rasa tentu tidak sempat untuk merasa buahnya."

Orang tua itu mengalihkan pandangan kepadanya, seraya tersenyum dan berkata, " Anak muda, sepanjang hidupku, aku hanya makan buah-buah pear yang ditanam oleh orang lain. Kini tibalah masanya untukku berbuat begitu pula."

Dalam mengamalkan sikap suka memberi, kita harus sama-sama menanam pokok pear dan memakan buahnya. Dan, itu samalah dengan orang lain yang tanpa disedari telah melakukan selama berpuluh-puluh tahun dahulu untuk kita nikmati sekarang ini.

Hari ini sikap suka memberi adalah merupakan suatu pelaburan bagi kebahagiaanpada masa hadapan; meskipun kita tidak tahu bila, di mana atau dalam bentuk apa kebahagiaan itu akan menjelma. Yang penting ia adalah sebahagian daripada kegembiraan itu sendiri.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...