Saturday, 27 August 2011

Aku menggilai sepatu kulit itu~

Aku menggilai sepatu kulit itu. Ianya bewarna coklat likat. Aku menginginkannya. Jauh sudah aku jelajahi. Dari bukit tinggi ke bukit rajah. Dari satu bukit ku daki hingga sampai ke sebelahnya yang satu lagi. Hanya ini yang benar2 ku berkenan di dalam hati. Namun muncul secebis kesungulan. Aku benar-benar keliru antara Santa Barbara Polo & Racquet Club atau Alain Delon. Dua-duanya sama cantik. Penuh stylo pabila memakainya. Harganya juga lebih kurang sama. Tapi aku benar-benar keliru. Maka, aku lupakan untuk menggapainya hari ini. Ingatnya mahu ku cari lagi di sunway pyramid esok hari tapi Papa berkata, " Penatku membontoti mu hanya semata-mata untuk sepasang sepatu". Ya, aku mengalah. Tapi aku keliru antara kedua-duanya. Manakah yang terbaik untukku?Kaki ku sukar untuk menyarungkan sepatu lain. Biar leceh mencari agar menang memakai. Pabila ku cuba sepatu tumit tinggi, terasa sakit pulak kaki dan pinggang ku. Bagaimanalah mak-mak datin memakainya? Biar seksa janji bergaya? oh... aku mengingini keselesaan. Biar deras langkahku penuh bergaya namun selesa...

Anda pulak bagaimana?

Friday, 26 August 2011

kisah sepasang sepatu kulit

Aku sepasang sepatu kulit. Warna tubuhku coklat gelap persis daun-daun kering berguguran. Nilai tubuhku diukur dengan tahannya sang pemakai. Aku dibikin penuh teliti. Dari tapak hinggalah lilitan tali. Air adalah ancaman bagiku namun jangan terkejut jika dikhabarkan bahawa aku pernah merempuh onak duri mengembara hingga ke rimba belantara. Meredah air tasik temenggor, memanjat turun bukit, menempuh derasnya sungai dan menapak di denai-denai. Dari kota, ku rentasi desa. Dikelilingi arus semasa di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur hingga menerobos kehijauan Hutan Hujan Tropika di Hutan Belum, Hulu Perak. Selama tiga tahun hidupku diuliti kasih sayang sang pemakai. Deras tapaknya menapak menonjolkan sikapnya yang sentiasa mahu ke hadapan.
 
Wahai sang pemakai, denganku, kau mengharungi hidupmu dengan penuh bersemangat, menapak ke kuliah senantiasa bertenaga. Tidak mungkin dapatku lupakan kenangan kita selama ini. Masihku ingat ketika kau memilihku, begitu cerewet dan tekun meneliti setip inci tubuhku. Sanggup kau tunggu berhari-hari lamanya untuk mendapatkan aku. Kau begitu gelisah menunggu ketibaanku. Dan, kecerianmu terpancar apabila kali pertama kau menyarungiku.

Namun, walau sedaya upaya aku bertahan denganmu, aku tetap kalah menghadapi situasi yang tidak ku jangkakan. Aku tidak sanggup berhadapan dengan pengganti baru. Aku masih ingin berbakti. Membawa sang pemakai ke tempat yang diingini. Tapi, aku pasrah jika hanya setakat ini khidmat bakti ku diperlukan. Terima kasih atas kesudianmu menyarungku ke kakimu yang mulus itu. Walaupun aku kini terdampar kaku, namun aku tahu bahawa diriku begitu beharga bagimu.

Sepatu kulit
Coklat gelap warnanya
Selesa dipakai
Sering disarungkan
Saiznya berapa
Aku sudah lupa
Namun kenangan yang ada
Sentiasa dalam fikiran
Kerana kau
Sepatu kulit pertamaku

Thursday, 25 August 2011


Kemarau – ujian yang genting ini – paling keras mengguris;
ia memimpin ke iman syahdu, merangsang ke tulus qalbu.
Dengannya detik dugaan mula menghiris – titis menitis.
Di situ juga bulan mengambang senyuman sedikit pucat
seperti sengaja bertamsil mewangi Ramadhan yang nikmat.
Semua kalung doa sudah dicantum ke hati yang mulia,
dan kerlip permata juga turut disimpan setelah diuji lama
dan kita mulai bersahur dalam suasana penuh berhemah,
pengat manis dijamah dan lauk-lauk tak lupa diratah;
mendamai diri dengan zikir dan solat panjang yang mesra.
Setahun lagi – kini kita sedang dikucupi nafas puasa,
Aidilfitri turut menyerlah dengan senyum seindahnya.
16-30 September 2003.
by: A Samad Said
http://samadsaid.wordpress.com/

Tuesday, 23 August 2011

What does being creative mean to you?


Is it a means of self-expression, a way of life, just the way you are... or as important as 'breathing' to you? Have you ever had to pay a price or go through a bad experience in your life because you are 'creative'? Do you feel accepted & loved or rejected & hated for the same reason? At what age did you discover that you are creative? How do you feel about it now... 


I'm curious to know what kind of experiences creative people have had. I think it would great if we could share these experiences with each other!!! What do you say?

Friday, 19 August 2011

Selamat Hari Raya hari untuk kita bersuka ria.....

Hello dude, raya bakal menjelang tiba. Da prepare ke? Tapi untuk kita2 yg bergelar student ni mmg xberaya la nmpknyer kan. Lepas raya jer trs final. Mampoo? mmg x la kan. So, beraya dalam 3D la yang kitew mampoo kan.. 

















Saturday, 6 August 2011

bahuluku~


makin dikejar makin lari,
makin cair makin dinikmati
sudah hilang bulat bersegi
jadi jugak bahulu ku ini

yeay!!!!

1. buat sfera dgn segment 73





2. Hemisfera : 0.5



3. Click right. Click on Convert to Editable Poly - Pilih Polygon

4. Click right on perspective kt atas belah kanan tu dan pilih Edges Faces. Tukar pandangan to left. Pastu, Select semua bahagian bawah poligon tuh..





5. Select R (select&non-uniform scale).



6. Besarkan bahagian tersebut dan ia akan kelihatan seperti ini :



7. Kemudian, tinggikan sikit bahagian tersebut dan select Editable poly - Edge



8. Pastu, click on  Ring


9. Selepasnya,click on empat segi sebelah connect dan tukarkan
*segment : 2
*pinch : 25
*slide : 0



10. Then click on modifier list and choose FFD (cyl)



11. Go to FFD Parameters and change Dimensions to:
*slide : 16
*radial : 4
*height : 4



12. pastu tukar perspective view kpd orthographic view utk lebih jelas.



13.Then adjust control points..





adjust punyalah adjust sampailah jd macam dibawah nih..





14. Then, gi modifier list again and pilih turbosmooth..



15. akhirnya, kita click M atau pon Material Editor utk tukar texture objek seakan2 bahulu sebenar
haaha..









yeay!!!
da siap pon..

kreadit to my dear classmate : Fiqq..
kau mmg best dowh~ thanks a lot

Friday, 5 August 2011

Putih & Hitam

aku berjalan di waktu malam
aku lihat banyak simpang
ada yang terang dan ada yang suram
oh..oh tunjukkan aku haluan

aku tau mana baik dan mana buruk
tapi aku tak mampu tolak godaan
aku tahu mana putih dan mana hitam
aku perlu.. perlukan bimbingan

di depan ku ramai yang menimba ilmu.. uu..
di kanan ku ramai yang bersujud
di kiri danbelakang masih gembira
bagaikan di syurga
oh..oh..oh..

Aku keliru
Aku di tengah jalan
oh. aku perlukan bimbingan
oh.. aku di tengah jalan
oh.. tunjukkan aku haluan..
haluan kehidupan..

lirik/ lagu : Dodd iskandar

Wednesday, 3 August 2011

Berbuka Puasa di Pizza Hut Batu Gajah

Mulanya seorang kawan ni ajak membeli juadah di bazar ramadhan baru di seri iskandar, perak. Alih2 bukan ke bazar tp ke pizza dibawanya. Amboi, ni bazar ke pizza? hahaha..

Bukan main banyak di'order'nya. Kalah 10 org makan nih. Maklumlah perut masing-masing bagaikan tong dram. Tp sayang pizza hut kehabisan sos cili. Hilang satu nikmat dunia. Yang kesian sorang kawan ni la, teringin sangat nk rasa tobasco sos tp itu pon xde jugak la. Aduyai.. Harap lepas ni diaorg kn slalu kira stock n make sure stock sentiasa ada. Xde la kempunan kawan aku nan 'tobasco' nih..
Dia mmg teringin sgt nk rasa tobasco. Punya lah klakar, ada ke tobasco disebutnya castello..
hahahaha.. Rasanya kalau digabungkan perkataan tu mau nya jadi
TOBASLO..

Boleh la wt brand baru utk tobasco sos kan.. tp versi Malaysia punya lah. Target market nyer adalah pd wholesaller, supermarket, hypermarket, kdai runcit dan pengusaha2 FnB yg slalu kehabisan tobasco sos nih.. yelah, benda kecik jer tp slalu abis. Kalo beli mahal la jugak. Tp kalo da  di-Malaysiakan kan ke blh dijual dgn harga yg murah dan mudah didapati. Perisa pulak ada kelainannya dimana tambah garlic lebih ker, kurangkan rasa masamnya. haa, lg 1 kasi pedas skt.. mmg Umm...
Yela, kita ni kan rakyat Malaysia, so kn la ada citarasa Malaysia nya di situ..
mungkin ke dgn brand
TOBASLO ni kita wat byk perisa, bkn semata2 spt tobasco, perisa curry ker, asam pedas ker... hahhaha..

Camner pon
thanks to Yana, Pika n Beber..
Tak dilupakan berita harian hari ni dan TVC domino's pizza.. Ya, xdinafikan iklan memainkan peranan yang besar ye disini. So, learn from this lesson eh u'll then try wat iklan yang serba mengancam camtuh. Br la ley tarik audiens..


Berbuka @ Pizza Hut Batu Gajah

Royal Massala

Hawaian Supreme

Seafood Lasagne

Masalla Chicken Meatball

Sweet & Spicy Wing terbaik dr ladang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...