Saturday 29 October 2011

The best birthday ever...
Thanks to Afiqah, Hafiz, Laber
Suraya, Ara, Sheila, Mek.... bla bla bla...
Cik Shahril n Cik Asrul 4 celebrating my birthday..


OMG it's Strawberry Strudles by Strawberry Moment..
Thanks Afiqah n Hafiz, sanggup ke Ipoh semata2 nk belikan ni 4 kecik.. love u all


Im so happy just looking at this strawberry strudles.. yummy


so yummy, thanks afiqah..
laber, what r u looking at huh? hehe


proses peniupan lilin.. huhu


yeay.. let's eat



wow.. so many strawberry.. hehe


whatever, thanks korang....
love u..
by
kecique
yesterday is the best bday ever. semua x-housemate ada. yang bestnyer semua da konvo.. mmg niat ke perak khas utk ni pon. jual bunga hnya sampingan. i will miss this moment. 


Mek, Suraya n Laber, love u so much. walaupon jauh tp ttp dkt di hati.. hehe


Ni la dia kawan bergaduh, bertendang2 time tidur, bercakar-cakaran dan bermesra-mesraan siang atau pun di malam hati.. yaww..


thanks 4 being my fren laber...


geng2 senior yg konvo


wt ara n sheila.. love u senior 4 flet


Sweetie Ara~


Untungkan pakai Blacberry.. haha


X-housemate yang cambest.. Congrats on your graduation..






Setelah berhempas pulas 3 tahun menanggung azab di FSSR, uitm Perak, akhirnyer grad jugak ye korang.. Aku biler lagi? hehe.. Insyaallah next year.. hehe

Jumpa lagi Uitm Perak.

Uitm Di Hatiku

Wednesday 7 September 2011

Dapurku tak berasap~

Ya, kita kembali memeriahkan dunia 3D kita... 


asgnmnt terbaru ini dibikin semasa raya pertama dimana umat islam sedang meraikan hari kemenangan namun sebagai pelajar, kerja harus diteruskan jua. Memang tidak beraya la kita ya. Akan tetapi, bukankah sebelum ini kita telah merayakan Aidilfitri terlebih dahulu pada asgnmnt yg sudah? hahaaha...

Asgnmnt ini adalah dapur tradisional melayu. Walaupun sedikit dapat dipaparkan namun harap dapat dikongsi bersama.. Enjoys!!!







hanya ni je yang mampu di'render'.. itu pun mgambil masa berejam lamanya..
terima kasih diucapkan pada firdaus dan zaki..
*tidak dilupakan juga kt laber, afiqah n liyana...

Friday 26 August 2011

kisah sepasang sepatu kulit

Aku sepasang sepatu kulit. Warna tubuhku coklat gelap persis daun-daun kering berguguran. Nilai tubuhku diukur dengan tahannya sang pemakai. Aku dibikin penuh teliti. Dari tapak hinggalah lilitan tali. Air adalah ancaman bagiku namun jangan terkejut jika dikhabarkan bahawa aku pernah merempuh onak duri mengembara hingga ke rimba belantara. Meredah air tasik temenggor, memanjat turun bukit, menempuh derasnya sungai dan menapak di denai-denai. Dari kota, ku rentasi desa. Dikelilingi arus semasa di Segi Tiga Emas Kuala Lumpur hingga menerobos kehijauan Hutan Hujan Tropika di Hutan Belum, Hulu Perak. Selama tiga tahun hidupku diuliti kasih sayang sang pemakai. Deras tapaknya menapak menonjolkan sikapnya yang sentiasa mahu ke hadapan.
 
Wahai sang pemakai, denganku, kau mengharungi hidupmu dengan penuh bersemangat, menapak ke kuliah senantiasa bertenaga. Tidak mungkin dapatku lupakan kenangan kita selama ini. Masihku ingat ketika kau memilihku, begitu cerewet dan tekun meneliti setip inci tubuhku. Sanggup kau tunggu berhari-hari lamanya untuk mendapatkan aku. Kau begitu gelisah menunggu ketibaanku. Dan, kecerianmu terpancar apabila kali pertama kau menyarungiku.

Namun, walau sedaya upaya aku bertahan denganmu, aku tetap kalah menghadapi situasi yang tidak ku jangkakan. Aku tidak sanggup berhadapan dengan pengganti baru. Aku masih ingin berbakti. Membawa sang pemakai ke tempat yang diingini. Tapi, aku pasrah jika hanya setakat ini khidmat bakti ku diperlukan. Terima kasih atas kesudianmu menyarungku ke kakimu yang mulus itu. Walaupun aku kini terdampar kaku, namun aku tahu bahawa diriku begitu beharga bagimu.

Sepatu kulit
Coklat gelap warnanya
Selesa dipakai
Sering disarungkan
Saiznya berapa
Aku sudah lupa
Namun kenangan yang ada
Sentiasa dalam fikiran
Kerana kau
Sepatu kulit pertamaku

Saturday 6 August 2011

bahuluku~


makin dikejar makin lari,
makin cair makin dinikmati
sudah hilang bulat bersegi
jadi jugak bahulu ku ini

yeay!!!!

1. buat sfera dgn segment 73





2. Hemisfera : 0.5



3. Click right. Click on Convert to Editable Poly - Pilih Polygon

4. Click right on perspective kt atas belah kanan tu dan pilih Edges Faces. Tukar pandangan to left. Pastu, Select semua bahagian bawah poligon tuh..





5. Select R (select&non-uniform scale).



6. Besarkan bahagian tersebut dan ia akan kelihatan seperti ini :



7. Kemudian, tinggikan sikit bahagian tersebut dan select Editable poly - Edge



8. Pastu, click on  Ring


9. Selepasnya,click on empat segi sebelah connect dan tukarkan
*segment : 2
*pinch : 25
*slide : 0



10. Then click on modifier list and choose FFD (cyl)



11. Go to FFD Parameters and change Dimensions to:
*slide : 16
*radial : 4
*height : 4



12. pastu tukar perspective view kpd orthographic view utk lebih jelas.



13.Then adjust control points..





adjust punyalah adjust sampailah jd macam dibawah nih..





14. Then, gi modifier list again and pilih turbosmooth..



15. akhirnya, kita click M atau pon Material Editor utk tukar texture objek seakan2 bahulu sebenar
haaha..









yeay!!!
da siap pon..

kreadit to my dear classmate : Fiqq..
kau mmg best dowh~ thanks a lot

Friday 5 August 2011

Putih & Hitam

aku berjalan di waktu malam
aku lihat banyak simpang
ada yang terang dan ada yang suram
oh..oh tunjukkan aku haluan

aku tau mana baik dan mana buruk
tapi aku tak mampu tolak godaan
aku tahu mana putih dan mana hitam
aku perlu.. perlukan bimbingan

di depan ku ramai yang menimba ilmu.. uu..
di kanan ku ramai yang bersujud
di kiri danbelakang masih gembira
bagaikan di syurga
oh..oh..oh..

Aku keliru
Aku di tengah jalan
oh. aku perlukan bimbingan
oh.. aku di tengah jalan
oh.. tunjukkan aku haluan..
haluan kehidupan..

lirik/ lagu : Dodd iskandar

Wednesday 3 August 2011

Berbuka Puasa di Pizza Hut Batu Gajah

Mulanya seorang kawan ni ajak membeli juadah di bazar ramadhan baru di seri iskandar, perak. Alih2 bukan ke bazar tp ke pizza dibawanya. Amboi, ni bazar ke pizza? hahaha..

Bukan main banyak di'order'nya. Kalah 10 org makan nih. Maklumlah perut masing-masing bagaikan tong dram. Tp sayang pizza hut kehabisan sos cili. Hilang satu nikmat dunia. Yang kesian sorang kawan ni la, teringin sangat nk rasa tobasco sos tp itu pon xde jugak la. Aduyai.. Harap lepas ni diaorg kn slalu kira stock n make sure stock sentiasa ada. Xde la kempunan kawan aku nan 'tobasco' nih..
Dia mmg teringin sgt nk rasa tobasco. Punya lah klakar, ada ke tobasco disebutnya castello..
hahahaha.. Rasanya kalau digabungkan perkataan tu mau nya jadi
TOBASLO..

Boleh la wt brand baru utk tobasco sos kan.. tp versi Malaysia punya lah. Target market nyer adalah pd wholesaller, supermarket, hypermarket, kdai runcit dan pengusaha2 FnB yg slalu kehabisan tobasco sos nih.. yelah, benda kecik jer tp slalu abis. Kalo beli mahal la jugak. Tp kalo da  di-Malaysiakan kan ke blh dijual dgn harga yg murah dan mudah didapati. Perisa pulak ada kelainannya dimana tambah garlic lebih ker, kurangkan rasa masamnya. haa, lg 1 kasi pedas skt.. mmg Umm...
Yela, kita ni kan rakyat Malaysia, so kn la ada citarasa Malaysia nya di situ..
mungkin ke dgn brand
TOBASLO ni kita wat byk perisa, bkn semata2 spt tobasco, perisa curry ker, asam pedas ker... hahhaha..

Camner pon
thanks to Yana, Pika n Beber..
Tak dilupakan berita harian hari ni dan TVC domino's pizza.. Ya, xdinafikan iklan memainkan peranan yang besar ye disini. So, learn from this lesson eh u'll then try wat iklan yang serba mengancam camtuh. Br la ley tarik audiens..


Berbuka @ Pizza Hut Batu Gajah

Royal Massala

Hawaian Supreme

Seafood Lasagne

Masalla Chicken Meatball

Sweet & Spicy Wing terbaik dr ladang...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...