Wahai sang pemakai, denganku, kau mengharungi hidupmu dengan penuh bersemangat, menapak ke kuliah senantiasa bertenaga. Tidak mungkin dapatku lupakan kenangan kita selama ini. Masihku ingat ketika kau memilihku, begitu cerewet dan tekun meneliti setip inci tubuhku. Sanggup kau tunggu berhari-hari lamanya untuk mendapatkan aku. Kau begitu gelisah menunggu ketibaanku. Dan, kecerianmu terpancar apabila kali pertama kau menyarungiku.
Namun, walau sedaya upaya aku bertahan denganmu, aku tetap kalah menghadapi situasi yang tidak ku jangkakan. Aku tidak sanggup berhadapan dengan pengganti baru. Aku masih ingin berbakti. Membawa sang pemakai ke tempat yang diingini. Tapi, aku pasrah jika hanya setakat ini khidmat bakti ku diperlukan. Terima kasih atas kesudianmu menyarungku ke kakimu yang mulus itu. Walaupun aku kini terdampar kaku, namun aku tahu bahawa diriku begitu beharga bagimu.
Sepatu kulit
Coklat gelap warnanya
Selesa dipakai
Sering disarungkan
Saiznya berapa
Aku sudah lupa
Namun kenangan yang ada
Sentiasa dalam fikiran
Kerana kau
Sepatu kulit pertamaku
No comments:
Post a Comment